CATATAN 1: PENGGANTI PRODUK MAHAL UNTUK CANTIK

Assalamualaikum,
Selamat sejahtera kepada semua pembaca.

Harini saya nak tulis pasal 'dupe' atau orang kata pengganti kepada produk mahal. Fokus saya ialah produk penjagaan kulit wajah.Lain kali kalau dah advance, saya tulis tentang produk lain pula ya.

Nak kongsi serba sedikt tentang latar belakang sejarah pembelian barang-barang saya. Saya suka mencuba produk. Boleh dikatakan semua jenama saya dah cuba, terutamanya yang mahhhhal dan bukan dijual di farmasi atau 'drugstore' macam Watsons, Guardian atau Caring.

Sebab apa? Sebab dulu, bila pakai produk kat drugstore, kulit rasa "panas". So, kenalah pakai yang mahhhal mahhhal.Membazir betul!

Okaylah, sejarah kita letak kat belakang.Jom kita citer tentang masa kini.

Sebelum tu, nak bagitaulah, tujuan saya tulis ni bukan nak kecam apa-apa produk. Cuma, niat saya, jika ada produk lebih murah dan bagus, apa salahnya kan? Duit lebih boleh sedekah kat masjid dan beli makanan berkhasiat seperti sayur berkualiti tinggi dan buah-buahan yang kita rasa mahal macam strawberi, blueberry, buah delima dan anggur.

Bab harga pulak, rajin-rajinlah check website yang berkenaan. Harga yang saya letak ni betul masa saya beli sahaja.

1) Dupe 1: Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream Face Moisturizer (Dulu saya pakai:Dermalogica Skin Smoothing Cream RM 300++, Dermalogica Multi Active Toner RM 200++)

First time beli sebab terpesona dengan iklannya yang berbunyi "DNA atau Olay?". So saya pun cuba beli yang botol kecik je (jar), harga lebih kurang RM 28.00 tak silap di Watsons.
Hasilnya??TERBAIK.  Sekarang dah 2 jar besar saya beli. Latest saya beli kat Caring, sebab masa tu ada SALE. harga yang besar RM 99.90, so kalau jumpa bawah RM 60, memang saya beli buat stok.

Image result for olay regenerist micro-sculpting cream
Gambar: saya Google

Dulu, sebelum pakai krim ni, muka saya okay je (saya takde jerawat dan warna kulit sawo matang) , cuma susah nak stabilkan bahagian "berkilat", bahagian kering dan bahagian "nampak macam tak mandi".

Sekarang, lepas basuh muka, saya capai krim ni dan tepek di muka dan leher. Best gila dalam gelap pun boleh buat. Dari segi kulit, memang improved sangat-sangat, pori mengecil, takde dah nak gatal sini gatal sana.

FYI, saya pakai satu je krim ni SIANG dan MALAM. Jimat sangat-sangat.
Untuk yang nak cuba, belilah yang kecik dulu. Takpun, nak lagi jimat, cuba post dalam group Whatsapp taman ke, opis ke, mintak sample skit nak try.

2) Dupe 2: Olay Regenerist cream cleanser (Dulu saya pakai Dermalogica Ultracalming Cleanser RM 300++)

Yang ni cubaan paling win saya pernah buat. Yelah, muka saya sensitif dan bukan nak berlagak eh...ni pencuci paling murah saya pernah pakai, tapi paling best dan best dan best. Beli memang saja-saja dan dah niat dalam hati kalau tak serasi ni, memang aku bagi je kat sesiapa.
Image result for olay regenerist micro-sculpting cream cleanser
Gambar: saya Google

Pencuci ni tiada buih, tetapi ada biji-biji kecil seperti scrub. So far soooo good, saya gunakan di waktu pagi dan sebelum tidur. Semalam baru pergi Guardian, ada offer RM 14.50 cam tu. Harga asal sekitar RM 18.

Rasanya takde tiub lagi kecik. So, kalau nak try, kena beli yang panjang ni. Boleh tong tong ngan kawan jugak.


3) Dupe 3: Biore UV Aqua Rich Watery Essence SPF 50+ PA++++ (dulu saya pakai Dermalogica Super Sensitive Shield SPF30 RM 300++)


Image result for biore sunblock watery essence
Gambar: saya Google

Kisahnya begini. Ada satu website, offer free sample. So saya daftar dan dapat sample. Agak besar 15g. Sebulan baru habis pakai. Masa tu desperado, nak beli sunblock yang biasa pakai, mencerut dompet. So, saya pun cuba sample ni.


Loh.. apsal best teruk ni? Dahla watery, lps tu pakai rasa sejuk, takde dah muka cam kena kapur dan beminyak minyak terutamya kat hidung.bau sedap.

So, apa lagi lps habis tiub sample percuma tu, saya belilah satu tiub besar, di Caring. harga berapa?Ahah..RM 25 je masa tu. Alhamdulillah.

So, sekarang, inilah sunblock pujaan saya.



Baiklah, dengan 3 dupes di atas, saya berenti kat sini ok. saya sambung lagi nanti.

Comments

Popular Posts